Kenalan Baru

Friday, October 1, 2010

Tips Memajukan Perniagaan

Semua tips di bawah diambil daripada blog mama payish yang ingin saya kongsikan bersama pembaca.

Tips Biz yang diamalkan
  •  Sentiasa menjaga hati pelangan
  • Tidak berkira & banyak bertolak ansur
  • Niat Bersedekah dengan memberi hadiah tambahan
  • Merendah diri
  • Meletakkan kepercayaan pada pelanggan
  • Penghantaran barang dengan segera sebaik menerima bayaran



Banyak reseller YM meminta nasihat bagaimana utk memulakan biz. Jika mahu membuat biz secara serius, ada beberapa langkah awal yg perlu dibuat,
  • Kenalpasti produk yang hendak di jual
  • Membuat pendaftaran syarikat - dgn cara ini keyakinan pelangan akan bertambah. Selain itu kita dapat memulakan langkah seterusnya untuk membuka current account, krn jika nak buka acc ini, kita kena ada pendaftaran dgn Suruhanjaya Pendaftaran Syarikat.
  • Membuka current account - dgn cara ini, semua transaksi duit keluar masuk dapat di buat melalui acc syarikat. Antara lain, memudahkan kita membuat pembayaran kpd pihak ketiga dgn menggunakan Cek Book :)
  • Jika membuat biz online, amat penting kita mempunyai acc dgn syarikat courier. Sesetengah Courier Company mahukan pendaftaran atas nama company cthnya SkyNet, Citylink & Pos Malaysia. Jadi jika kita dah daftarkan syarikat, amat mudah kita nak buka acc dgn syrkt courier. Apa kelebihan bila buka acc dgn syrkt courier? Mmmmm...sudah pasti caj postage yg dikenakan amat murah berbanding tiada acc. Ia tertakluk pada caj minimum setiap bulan yg berbeza utk setiap courier company. Caj ini juga berbeza mengikut cawangan/negeri. Saya penah menggunakan Kangaroo courier di mana caj yg dikenakan hanya RM6 utk 7kg pertama (tdk termasuk handling caj 25%). Skrg saya gunakan Citylink dgn caj yg lebih dr Kangaroo. Walaubagaimanapun, lebih selesa  dgn Citylink krn service yg agak baik dr segi masa penghantaran, dibekalkan dgn flyer yg bersaiz besar (kangaroo sediakan plastik kecil yg muat 4pcs cd sahaja huhuhu) Dgn flyer bersaiz 3 saya mampu isi 12pcs CD :) Mudah & jimat dr segi berat.
  • Membuat promosi di Mudah.com/ menyertai mana2 forum. Tapi sy tak aktif sangat cara ini. Mana yg email itu yg saya reply. Kenapa? Krn sy menjaga reseller saya. Jika saya mencari org lain, tetiba itu adalah "org" reseller sy, maka akan terjadi konflik. Tetapi jika mereka yg jumpa blog sy, kemudian email utk menyertai saya, maka itu bukan salah saya :) Konsep yg mudah difahami.
  • Jangan terlalu kerap membuat blogwalking!!!eh kenapa???jawapannya ialah, semakin banyak yg kita tahu mengenai pesaing, kadang kala ia akan menambahkan tekanan. Bila tertekan, kita tak dapat tumpukan pada biz kita. Elok utk mengetahui mengenai pesaing tetapi jangan terlalu terikut dgn cara mereka. Cthnya apabila pesaing2 mula menurunkan harga, kita panik & rasa down utk teruskan biz. Opssssssss itu cara yg salah. Jika kita rasa harga yg diberi terlalu tinggi, cuba bandingkan pesaing lain yg meletakkab harga yg sama tp masih mampu buat sale. Bagaimana mereka berjaya?Teknik melayan pelangan itu penting. Jangan terikut2 menawarkan harga rendah krn dalam dunia biz, kita perlu mementingkan diri, tetapi sbg manusia yg ada perasaan hormat menghormati, kita harus memikirkan tindakan kita. Jangan sampai tindakan kita umpama menabur pasir di periuk org lain. Mula2 kita mgkn gembira krn berjaya mendapat pulangan yg lumayan ttp dalam konsep agama, KEBERKATAN itu penting. Dgn cara menipu & menindas, rezeki tu berlalu mcm air....
  • Pada yg buat biz online, jalan mudah ialah membuat blog. Blog adalah platform terbaik utk kita promosi barangan kita :) Jangan kedekut utk membuat pelaburan awal dgn mengadakan contest & mengajak rakan2 blogger menjadi follower kita ;) Semakin ramai follower kita, semakin berkembang biz kita. Ini krn apa yg kita update dalam blog, akan diketahui oleh follower kita. Selain itu, elok juga membuat laman web. Lebih profesional & efektif.
  • Blog Peribadi. Jika saya membeli brgn secara online, saya akan mencari sebanyak mgkn details mengenai peniaga. Ini bg mengelakkan penipuan. Jadi, eloklah membuat blog peribadi di mana pihak pembeli merasa yakin kewujudan anda dalan biz online ;)
  • Mahir dgn internet banking ;) eloklah jika anda belajar cara2 utk access acc secara online krn biz online, semua dihujung jari, pembayaran & penyemakan pembayaran semua dilakukan secara online krn mudah & amat efektif. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...